Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar
RasuIullah saw.
bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang
pernah menimpa
umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah
penyakit-penyakit umat-umat
terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit
itu ialah 
(1) terlalu banyak seronok,
(2) terlalu mewah,
(3) menghimpun harta sebanyak mungkin,
(4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,
(5) saling memarahi, 
(6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

H.R. Hakim

Keterangan

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw.
tadi telah
banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari
ini. Di sana sini kita
melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam
masyarakat dengan
ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang
sangat tajam dan meruncing.
Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa
mencari dan menimbun
harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa
nafsu. Maka apabila
hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa
menggunakan segala
macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah
nilai-nilai akhlak dan
yang wujud hanyalah kecurangan, khianat,
hasud-menghasud dan sebagainya.

p/s:Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah
kita bermuhasabah

0 Komentar:

Post a Comment

Komentar

About